Dainana_Shou_"Utsukushikutte_Gomen_ne"
Dainana_Shou_"Utsukushikutte_Gomen_ne"

Dainana_Shou_"Utsukushikutte_Gomen_ne"


Dainana Shou "Utukushikutte Gomen ne" (第七章「美しくってごめんね」) merupakan album studio ketujuh daripada kumpulan dibawah naungan Hello! Project, C-ute. Album ini mula dipasarkan pada 8 Februari 2012 di bawah label zetima dengan dua edisi iaitu edisi terhad (EPCE-5843~4) dan edisi biasa (EPCE-5845). Edisi terhad mengandungi bonus DVD video lagu "Sekaiichi HAPPY na Onna no Ko" semasa konsert kolaborasi C-ute bersama Berryz Koubou dan versi solo setiap anggota kumpulan tersebut semasa nyanyian konsert itu. Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album studio ini. Tiga dari album single; Momoiro Sparkling, Sekaiichi HAPPY na Onna no Ko dan album single duet C-ute bersama Berryz Koubou, Amazuppai Haru ni Sakura Saku dan tujuh buah lagu baru.